Monday 9 March 2020

PAMER KEBODOHAN DI MEDIA SOSIAL AKIBAT EMOSI CELARU

Sudah terlalu kerap ahli politik dan selebriti membuat kiriman di media sosial berkaitan angka dan matematik yang tidak tepat. Mereka cuba untuk memberi angka sebagai untuk menjelaskan tentang sesuatu kebaikan mahupun kepincangan yang melibatkan seseorang, organisasi mahupun kerajaan.

Mereka menyatakan angka sebagai sebagai bukti baik atau buruk mengenai sesuatu, malangnya yang terserlah ialah kebodohan diri sendiri. Angka dan matematik yang diberikan ternyata tidak tepat dan membuktikan bahawa apa yang dilakukan berdasarkan emosi yang celaru.

Angka yang mereka kemukakan itu bukan kompleks atau memerlukan teori matematik tahap sukar. Bahkan boleh dikatakan teori matematik itu mampu diselesaikan pelajar sekolah rendah kerana mengguna teori asas matematik seperti campur, tolak, bahagi dan kali.

Namun, disebabkan perasaan yang beremosi, mereka tidak mampu untuk berfikir lojik tentang angka yang dipersembahkan itu. 

Dicadangkan kepada sesiapa yang dalam fasa emosi celaru dan keliru, kurangkan atau hentikan terus urusan di media sosial. 

Terlalu banyak kiriman di media sosial yang mempamerkan 'kebodohan' yang tidak sepatutnya berlaku yang melibatkan semua peringkat, termasuk di kalangan pemimpin tertinggi politik.

No comments:

Post a Comment