Tubuh manusia mempunyai 365 titik ‘reflex’
& ‘distal’. Titik-titik ini jika dirangsang boleh memberi kesan kepada
kesihatan organ-organ tertentu. Kebiasaannya terdapat sekumpulan titik yang
memberi kesan kepada kesihatan organ tertentu dan sekiranya dihubungkan boleh
membentuk saluran tenaga (energy channel) atau meridian tubuh.
Perubatan ini telah dikategorikan sebagai perubatan komplementari. Komplementari bermaksud pelengkap. Kita sedia maklum bahawa tidak semua penyakit boleh diatasi dengan kaedah moden. Inilah pentingnya rawatan komplimentari iaitu saling melengkapi antara satu sama lain dengan perubatan konvensional.
Rawatan holistik pula membawa maksud rawatan secara menyeluruh. Ini merangkumi keseluruhan gaya hidup (Pemakanan, pemakaian, senaman) dan juga kesihatan rohani seseorang.
Stimulatherapy adalah satu jenis
terapi melalui rangsangan ke atas tubuh agar tubuh mampu merawat dirinya
sendiri (Self Cure). Bagaimana tubuh dirangsang?
Intipati ilmu Stimulatherapy terletak pada prinsip pengaliran tenaga ‘Chi’ melalui saluran-saluran tenaga (energy channel) dalam sistem meridian tubuh.
Setiap masa tubuh manusia menerima
tenaga daripada alam semesta dalam pelbagai bentuk. Contoh mudah adalah seperti
berikut:
- Tenaga kimia (makanan) melalui
mulut.
- Oksigen/bau melalui hidung
- Tenaga bunyi melalui telinga
- Tenaga cahaya/warna melalui mata
dan sebagainya.
Tenaga yang memasuki tubuh akan
dibekalkan kepada organ-organ penting seperi jantung, paru-paru, ginjal, hati ,
limpa dan sebagainya melalui saluran-saluran tenaga (energy channel) tertentu.
Ibarat sebiji lampu perlukan tenaga
elektrik untuk menyala, begitulah juga organ-organ penting tubuh perlukan
tenaga hayat (life energy) untuk terus berfungsi.
Aliran tenaga dalam tubuh yang sihat adalah seimbang. Namun ia tidak semestinya sentiasa seimbang kerana aktiviti kehidupan seharian yang berbeza, pemakanan yang berbeza, umur yang semakin meningkat, keadaan sekeliling yang sentisa berubah-ubah dan keadaan emosi yang berubah-ubah.
Selain itu, punca lain aliran
tenaga tidak seimbang berpunca bebanan kerja yang meningkat dan sebagainya
menyebabkan berlaku gangguan pada kadar aliran tenaga kepada organ-organ
penting yang disebut tadi. Ibarat sebatang longkang air lama-kelamaan pun akan
tersumbat jua jika tidak diselenggara dengan baik.
Apabila berlaku ketidak seimbangan aliran tenaga, tubuh akan mula memberikan simptom atau petanda tertentu. Petanda ini boleh dikenal pasti (diagnos) oleh pengamal Stimulatherapy bertauliah seperti rasa sakit bila ditekan dititik-titik tertentu atau berdasarkan kondisi tubuh.
Apabila berlaku ketidak seimbangan aliran tenaga, tubuh akan mula memberikan simptom atau petanda tertentu. Petanda ini boleh dikenal pasti (diagnos) oleh pengamal Stimulatherapy bertauliah seperti rasa sakit bila ditekan dititik-titik tertentu atau berdasarkan kondisi tubuh.
Diagnos dilakukan bertujuan untuk
mengenal pasti organ yang mengalami kekurangan aliran tenaga.
Organ terjejas akan dirangsan
dengan kaedah urutan & acupressure bertujuan untuk ‘top-up’ tenaga yang
kurang. Urutan dilakukan pada saluran tenaga (energy channel) manakala acupressure
pula dilakukan pada titik-titik terpilih sahaja yang terletak disepanjang
saluran tenaga (energy channel) organ tersebut.
Selain daripada terapi fizikal, pesakit juga
diberikan panduan pemakanan dan amalan gaya hidup yang sesuai dengan masalah
yang dihadapi.Apabila tahap aliran tenaga kepada organ-organ penting seimbang, tubuh mempunyai keupayaan mengubati dirinya sendiri. Ubat sebenar bagi apa jua penyakit adalah keupayaan atau perawatan semula jadi tubuh.
No comments:
Post a Comment