Wanita
merupakan insan yang sangat mudah mendapat penyakit jika tidak dijaga daripada
awal. Banyak masalah kesihatan yang dikaitkan dengan wanita pada hari ini. Antara
masalah tersebut ialah:
Kanser
Kanser
yang kerap menyerang wanita adalah barah payudara dan kanser serviks.
Pengesanan awal dua jenis kanser ini menjadi kunci memastikan wanita kekal
sihat.
Statistik
global terbaru menunjukkan kira-kira setengah juta wanita maut akibat kanser
serviks, manakala setengah juta lagi maut akibat kanser payudara setiap tahun.
Kebanyakan
kes kematian berlaku di negara berpendapatan sederhana dan rendah kerana
imbasan awal, pencegahan dan rawatan hampir tidak disediakan, manakala vaksin
untuk virus human papilloma (HPV) ditangguhkan.
Kesihatan
reproduksi
Masalah
kesihatan reproduksi dan seksual menyumbang satu pertiga isu kesihatan wanita
berusia 15 hingga 44 tahun.
Seks
yang tidak selamat adalah faktor utama, terutama wanita dan remaja di negara
membangun. Kira-kira 222 juta wanita tidak mendapat perkhidmatan kontrasepsi
yang diperlukan.
Kesihatan
ibu
Kebanyakan
wanita mendapat manfaat daripada penambahbaikan besar-besaran penjagaan ketika
kehamilan dan kelahiran yang diperkenalkan sedekad lalu.
Namun,
kemudahan itu tidak disediakan di semua tempat dan pada 2013 dilaporkan
kira-kira 300,000 wanita maut akibat komplikasi ketika mengandung dan bersalin.
Kebanyakan kes kematian ini boleh dicegah jika perancangan keluarga dan
kemudahan asas disediakan.
HIV
Sejak
30 tahun lalu ketika wabak AIDS melanda, ramai wanita muda menjadi mangsa
jangkitan. Terlalu ramai wanita muda berjuang melindungi diri mereka daripada
penyakit jangkitan seks HIV dan mendapat rawatan diperlukan.
Mereka
terdedah kepada penyakit tuberkulasis atau batuk TB yang juga penyebab utama
kematian dalam kalangan wanita berusia 20 hingga 59 tahun di negara
berpendapatan rendah.
Penyakit
jangkitan seks (STI)
Walaupun
jangkitan HIV dan HPV penyakit jangkitan kelamin paling kerap dialami di
seluruh dunia, penyakit jangkitan lain juga penting untuk dicegah dan dirawat
seperti gonorrhoea, klamidia dan sifilis.
Ini
kerana sifilis yang tidak dirawat menyumbang kira-kira 200,000 kematian bayi
dalam kandungan dan pramatang setiap tahun, manakala 90,000 kematian bayi baru
dilahirkan.
Keganasan
terhadap wanita
Wanita
mudah menjadi subjek kepada pelbagai bentuk keganasan yang berlainan, tetapi
keganasan fizikal dan seksual, sama ada dilakukan pasangan atau orang lain,
adalah paling menyakitkan.
Hari
ini, seorang daripada tiga wanita bawah 50 tahun mengalami keganasan fizikal
atau seksual dilakukan pasangan atau orang lain yang menjejaskan fizikal dan
mental mereka dalam jangka masa pendek dan panjang.
Oleh
itu, penting kepada mereka yang sihat untuk sentiasa prihatin terhadap
keganasan dan membantu mencegahnya, selain memberi sokongan kepada mangsa.
Kesihatan
mental
Kajian
menunjukkan wanita lebih cenderung daripada lelaki untuk mengalami keresahan,
kemurungan dan aduan somatik iaitu gejala fizikal yang tidak dapat dijelaskan
secara perubatan.
Kemurungan
adalah masalah kesihatan mental paling kerap berlaku dalam kalangan wanita dan
kejadian membunuh diri penyebab utama kematian wanita berusia bawah 60 tahun.
Oleh
itu, penting menyedarkan mereka mengenai isu kesihatan mental dengan memberi
sokongan untuk mendapatkan bantuan.
Penyakit
tidak berjangkit (NCD)
Pada
2012, kira-kira 4.7 juta wanita maut sebelum usia 70 tahun akibat NCD dan
kebanyakan mereka dari negara berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka maut
akibat kemalangan jalan raya, merokok, alkohol, dadah dan obesiti.
Dianggarkan
50 peratus wanita di Eropah dan Amerika mengalami obesiti dan membantu remaja
perempuan dan wanita lain mengamalkan gaya hidup sihat di peringkat awal adalah
kunci kesihatan hidup.
Menjadi
ibu muda
Remaja
perempuan berdepan pelbagai cabaran kesihatan reproduksi dan seksual seperti
STI dan kehamilan. Kira-kira 13 juta remaja perempuan bawah usia 20 tahun
melahirkan anak setiap tahun.
Komplikasi
daripada kehamilan dan bersalin menjadi penyumbang utama kematian dalam
kalangan ibu muda dan ramai menderita akibat keguguran yang tidak selamat.
Penyakit
usia tua
Kebanyakan
wanita yang sudah tidak bekerja atau bersara memperoleh wang pencen dan
kemudahan lain yang sedikit berbanding lelaki, sekali gus kurang mendapat penjagaan
kesihatan dan perkhidmatan sosial.
Selain
berisiko miskin dan masalah lain berkaitan usia tua seperti nyanyuk, wanita tua
kurang mendapat perkhidmatan kesihatan yang baik.
No comments:
Post a Comment