Stimulatherapy adalah satu jenis
terapi melalui rangsangan ke atas tubuh agar tubuh mampu merawat dirinya
sendiri. Bagaimana tubuh dirangsang?
Tubuh manusia adalah satu binaan
biologi yang kompleks. Kita mempunyai pelbagai kaedah untuk mengenali dan
memahami anatomi dan sistem fisiologi tubuh manusia. Sama ada kaedah tradisonal
atau kaedah moden. Stimulaterapi ini akan dibincangkan dari perspektif TCM
(Tradisional Chinese Medicines).
Seluruh tubuh manusia boleh
dirangsang dari luar mahu pun dari dalam melalui pelbagai bagai kaedah. Namun
ada bahagian lebih mudah dirangsang dan ada bahagian yang agak sukar.
Tempat yang lebih mudah dirangsang
ialah;
- saluran tenaga (bio-energy
channel).
- Titik-titik refleksi (reflect
points).
- Pintu tenaga (entry points) dan
titik sambungan (connectivity)
Justeru rangsangan yang berkesan
hendaklah dilakukan pada saluran, titik refleksi dan titik sambungan yang tepat
pada lokasinya dan sesuai pada masanya.
Mengikut teori “body meridians theory”, dalam tubuh manusia yang hidup ada mengalir sejenis tenaga hayat atau chi atau prana. Ibarat barangan elektrik, ia akan ‘hidup’ dan
berfungsi apabila ada arus elektrik yang mengalir kepadanya. Jika arus elektrik
mengalir melalui kabel atau wayar tenaga hayat pula mengalir melalui saluran tenaga.
Saluran tenaga hayat mengalir
setiap saat dalam 24 jam. Mengikut teori ini setiap organ tubuh hanya akan
berfungsi normal jika mendapat bekalan tenaga (tenaga hayat) yang mencukupi.
Atas sesuatu sebab, bekalan tenaga
hayat kesuatu organ mungkin berkurangan. Kekurangan ini akan membawa implikasi
ketidak seimbangan yang seterusnya memberi kesan kepada tahap kesihatan
seseorang.
Apakah yang menjejaskan pengaliran
tenaga hayat?
- Penyempitan saluran oleh cuaca atau
kecederaan atau tekanan emosi.
- Halangan pada saluran
oleh cuaca atau kecederaan, infeksi atau tekanan emosi.
- Demam atau penyakit seperti darah
tinggi, asma, kencing manis, gout, buah pinggang dan lain-lain.
- Peningkatan usia
Kesemua pengaliran tenaga adalah
berjalan dengan sendiri secara semula jadi. Tiada mesin atau alat khusus untuk menjana dan mengalirkan tenaga hayat.
Tenaga hayat mengalir mengikut
saluran dengan tertib alami berterusan dan bersambungan.
Sistem saling berhubungan dan
bersambungan ini memungkinkan prinsip refleksi berlaku. Di mana apabila satu
bahagian itu dirangsang ia akan turut merangsang bahagian lain yang
bersambungan dengannya.
Contohnya, jika berlaku sesuatu kondisi kekurangan
tenaga hayat bahagian otak, ia boleh diikhtiarkan melalui saluran jantung dan
pericardium yang terletak di lengan.
Anatomi titik refleksi
Stimulatheraphy hampir sama dengan acupoints anatomy dalam Acupuncture dan
Acupressure. Beza yang ketara antara keduanya ialah, stimulatherapy tidak
mementingkan ukuran tepat bagi setiap titik berbanding terapi Acupuncture.
Justeru kewujudan urutan
stimulatherapy banyak memberikan sumbangan kepada kesihatan masyarakat selain
menggunakan zikir-zikir ketika urutan dilakukan.
Tubuh manusia mempunyai 365 titik ‘reflex’
& ‘distal’. Titik-titik ini jika dirangsang boleh memberi kesan kepada
kesihatan organ-organ tertentu. Kebiasaannya terdapat sekumpulan titik yang
memberi kesan kepada kesihatan organ tertentu dan sekiranya dihubungkan boleh
membentuk saluran tenaga atau meridian tubuh.
Perubatan ini telah dikategorikan sebagai perubatan komplementari. Komplementari bermaksud pelengkap. Kita sedia maklum bahawa tidak semua penyakit boleh diatasi dengan kaedah moden. Inilah pentingnya rawatan komplimentari iaitu saling melengkapi antara satu sama lain dengan perubatan konvensional.
Rawatan holistik pula membawa maksud rawatan secara menyeluruh. Ini merangkumi keseluruhan gaya hidup (Pemakanan, pemakaian, senaman) dan juga kesihatan rohani seseorang.
Perubatan ini telah dikategorikan sebagai perubatan komplementari. Komplementari bermaksud pelengkap. Kita sedia maklum bahawa tidak semua penyakit boleh diatasi dengan kaedah moden. Inilah pentingnya rawatan komplimentari iaitu saling melengkapi antara satu sama lain dengan perubatan konvensional.
Rawatan holistik pula membawa maksud rawatan secara menyeluruh. Ini merangkumi keseluruhan gaya hidup (Pemakanan, pemakaian, senaman) dan juga kesihatan rohani seseorang.
No comments:
Post a Comment