Zakat
fitrah menjadi pelengkap kepada kesempurnaan ibadat puasa. Ibadat puasa tanpa
sempurna zakat fitrah adalah ibadat yang cacat, tidak layak diangkat sebagai
ibadat orang bertakwa.
Dijelaskan
zakat fitrah adalah ‘kenderaan’ menghantar ibadat puasa untuk diterima oleh
Allah. Justeru, sesiapa tidak menunaikan zakat fitrah bagi dirinya dan
tanggungannya, sedangkan dia mampu melakukannya, maka pahala puasanya tidak
diangkat.
Orang
Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau
tanggungannya ialah:
-
Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan
tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
-
Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas
terbenam matahari.
-
Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan
berkekalan Islamnya.
-
Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Waktu
membayar atau menunaikan zakat fitrah ialah sepanjang Ramadan hingga sebelum
imam angkat takbir sembahyang sunat Aidilfitri.
Sesiapa
yang tidak sempat membayar zakat kepada amil yang dilantik secara rasmi oleh
pihak berkuasa agama kerana terlupa dan sebagainya, bolehlah melunaskan
tuntutan agama itu dengan cara membayar kepada golongan asnaf yang layak
sebelum imam mengangkat takbir sembahyang sunat Aidilfitri di tempat kita
berada ketika itu.
Sesiapa
yang membayar selepas itu tidak lagi dianggap sebagai membayar zakat fitrah,
tetapi sekadar dianggap sedekah.
Menurut
jumhur ulama, zakat fitrah wajib dibayar dalam bentuk makanan asasi pada suatu
negeri. Jadi di Malaysia, zakat fitrah dibayar dalam bentuk beras.
Apakah
zakat fitrah boleh dibayarkan dalam bentuk wang?
Menurut
ulama Hanafi, zakat fitrah boleh dibayarkan dengan nilainya (qiimatuhu), iaitu
dalam bentuk wang yang setara nilainya dengan makanan.
Manakala
menurut ulama jumhur (Maliki, Syafie, Hambali), tidak boleh dibayar zakat fitrah
dengan nilainya. Zakat fitrah mesti diberi dalam bentuk makanan asasi.
Biarpun
penganut Islam di Malaysia berfahaman Mazahab Shafie, dalam kes membayar zakat
fitrah, pandangan ulama Hanafi digunakan pakai iaitu boleh membayar zakat
fitrah berdasarkan nilai semasa sumber makanan asasi yang dimakan penduduk
setempat.
Justeru,
di negara Malaysia majoriti orang Islam berzakat fitrah menggunakan matawang,
biarpun masih ada yang kekal menggunakan beras.
No comments:
Post a Comment