Gurindam
Jiwa merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan pada
tahun 1965 oleh Cathay Keris Studio di Siglap, Singapura. Gurindam
Jiwa diarahkan oleh M. Amin diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih. Lagu
OST filem Gurindam Jiwa dinyanyikan oleh Ismail Abdul Rahman atau lebih
dikenali sebagai R. Ismail (1 Julai 1937 – 13 September 2020).
Lagu
yang penuh bahasa puitis itu dianggap malar segar yang masih diminati hingga
sekarang.
GURINDAM
JIWA
Tuai
padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Anak
cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Bagaikan rambut bersimpul mati
Batang
selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga
Burung
merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
Kalau
tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga
https://www.youtube.com/watch?v=8piQYdb0gJ4
No comments:
Post a Comment