Monday 7 December 2020

USAHA BERCUCUK TANAM TIDAK MENGECEWAKAN

Berbudi kepada tanah tidak mengecewakan. Tidak kisahlah usaha sebagai kerja mencari rezeki atau sekadar mengisi masa lapang untuk mendapat hasil kegunaan sendiri.

Bertani sebagai satu perniagaan memang memerlukan kawasan yang luas. Namun, jika sekadar mengisi masa lapang, seluas mana pun kawasan ada perlu dimanfaatkan biarpun sekadar di laman atau belakang rumah.

Banyak jenis tanaman boleh ditanam dengan mudah dan kemudian tunggu hasilnya. Antara yang mudah ditanam ialah ubi keledek atau dalam dialek Kelantan dipanggil ubi setelo. Di Indonesia pula lebih dikenali ubi jalar.

Ubi keledek boleh ditanam menggunakan sulur atau keratan batang. Bagi yang sukar mendapatkan keratan batang, boleh beli ubinya dan disemai. Banyak kedai sayur atau di pasaraya menjual ubi keledek.

Tanam keledek tidak sukar. Gemburkan tanah dan kemudian terus tanam. Pada peringkat awal penanaman kenalah siram sehingga berakar dan pucuk baharu mula keluar.

Kalau ditanam musim hujan, kerja menyiram tidak perlu dilakukan. Mudah dan ringkas. 

Ubi keledek ditanam dapat dituai hasilnya selepas empat hingga lima bulan. Masa itu dikira tidak lama.

Kerja mudah, hasil berbaloi. Jom bercucuk tanam.


No comments:

Post a Comment