Wednesday 3 February 2021

MERPATI LAMBANG KESETIAAN KASIH SAYANG

Pasangan yang rapat berkasih sayang digelarkan seperti merpati dua sejoli. Mengapa burung merpati dijadikan pelambangan mengenai kasih sayang dan kesetiaan?

Pelambangan burung merpati sebagai tanda kasih sayang adalah universal. Digunakan masyarakat di seluruh dunia.

Gambar sepasang merpati sering digunakan dalam majalah atau media lain ketika perayaan Valentine. Undangan-undangan pernikahan juga sering kali dihiasi gambar sepasang merpati.

Merpati juga mewakili monogami dan kesetiaan dalam hubungan, kerana burung itu cenderung tinggal bersama pasangannya sepanjang musim.

Merpati jantan juga membantu mengeram telur sehingga menentas dan bersama-sama menjaga anak mereka.

Merpati tidak ‘tergoda’ dengan pasangan lain. Kesetiaan hanya kepada pasangan masing-masing.

Jika pasangan telah mati, merpati akan mencari pangganti pasangan, tetapi tidak mengganggu atau mengambil yang sudah ada pasangan. Tidak ada rampas merampas pasangan dalam kehidupan merpati.

Sebab itu ada pepatah jinak-jinak merpati bermaksud perempuan yang mudah didekati tetapi sukar dipikat kerana kasihnya telah dipunyai.

No comments:

Post a Comment