Monday 8 February 2021

SYARIKAT PENGHANTARAN GAGAL BERI KHIDMAT TERBAIK

Kes pekerja syarikat penghantaran bertindak ‘ganas’ terhadap bungkusan pelanggan bukan perkara baharu, biarpun terpencil. Sebelum ini sudah banyak rakaman dan gambar pekerja syarikat penghantaran di bahagian penyisihan dan pemunggahan tular di media.

Sikap tidak bertanggungjawab itu perlu dihentikan segera, tidak kira mana-mana syarikat penghantaran sekalipun. Sekarang in penggunaan khidmat syarikat penghantaran sudah menjadi lumrah, terutama di kalangan peniaga dalam talian.

Barang yang dihantar banyak jenis yang mudah pecah dan berharga mahal. Jika bungkusan itu dicampak ke sana sini, tentu sekali biarpun dibungkus atau dibalut dengan pembungkus gelembung udara sekalipun, kemungkinan rosak amat tinggi.

Kalaupun, barang tidak rosak, plastik pembungkus dan kotak yang digunakan akan rosak apabila diterima oleh penbeli. Tentu sekali ia tidak menyenangkan perasaan pembeli.

Di kalangan penjual dalam talian melalui platform edagang, khidmat mereka akan dinilai oleh pembeli. Penilian itu akan dilihat oleh bakal pembeli lain yang akan mempengaruhi kebarangkalian bakal pembeli membuat pembelian atau sebaliknya.

Banyak kes seperti kelewatan dan keadaan barang yang rosak menyebabkan nilai kepada penjual diberi rendah. Memang tidak adil kepada penjual yang telah memberi perkhidmatan terbai, tetapi mendapat penilaian rendah disebabakn kegagalan pihak syarikat penghantaran.

Diharapkan syarikat penghantaran ambil berat soal perkhidmatan mereka. Jangan berlumba-lumba hendak beri kos penghantaran yang rendah untuk menarik lebih banyak pelanggan, tetapi tidak memberi perkhidmatan terbaik.

Di pihak kementerian yang mengawasi operasi syarikat penghantaran, diharap dapat ambil tindakan tegak kepada syarikat penghantaran yang  gagal melaksanakan khidmat seperti yang sepatutnya.  

No comments:

Post a Comment