Friday 19 February 2021

MENDIDIK ANAK DENGAN CARA KASIH SAYANG

Jiwa kanak-kanak mudah tersentuh atau terluka. Maka itu sebarang proses mendidik perlu dilakukan dengan lembut tetapi tegas. Ini kerana kanak-kanak sekarang lebih terdedah kepada elemen kasih sayang dan lembut, terutama apabila mereka sendiri melihat di kalangan rakan sebaya dan rancangan di televisyen.

Hubungan kanak-kanak kini terbuka dan melibatkan lingkungan yang lebih meluas.  Jika dahulu kanak-kanak hanya berkawan dengan rakan sebaya yang tinggal berjiran atau satu kampung. Tetapi sekarang, mereka berhubung dengan rakan sebaya dari kawasan lain apabila belajar di tadika atau sekolah yang jauh dari rumah masing-masing. 

Begitu juga mereka berpeluang berkenalan dengan rakan sebaya yang merupakan anak kepada rakan ibu bapa mereka. Kemudahan pengangkutan memungkinkan kanak-kanak mengenali dan berkawan denan rakan yang tinggal berpuluh atau mungkin beratus kilometer dari rumah mereka. Bahkan mereka kini berhubung melalui alam maya dengan adanya kemudahan internet. 

Hasil pergaulan itu, mereka akan melihat apa yang dialami oleh kawan-kawan mereka. Yang biasa dilihat adalah elemen kasih sayang dan suasana mengembirakan.

Bayangkan, jika nasib mereka dididik sebaliknya. Ketegasan memang diperlukan dalam mendidik kanak-kanak, tetapi bukan dengan kekerasan. Mereka akan memberontak jika berasa nasib mereka tidak seperti rakan-rakan lain. 

Akibat pemberontkan perasaan itulah, mereka akan melakukan perbuatan yang bertentagan dengan apa yang sepatutnya. Jangan terkejut, jika ada kanak-kanak sudah pandai mengadu dan melaporkan kepada pihak lain tentang layanan yang diterima daripada ibu bapa atau penjaga mereka.

No comments:

Post a Comment