Monday 15 February 2021

MUHASABAH DIRI KETIKA SAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN

Menjadi amalan kita mengucapkan sesuatu yang baik sempena ulang tahun kelahiran orang tersayang. Amalan ucapan itu tidak termasuk dalam perintah dalam Islam, namun tidak pula dilarang, tambah-tambah lagi ia memberi nilai baik dalam hubungan sesama manusia.

Setiap kali ulang tahun kelahiran, tentu sekali kita mengaitkan ia sebagai bertambah umur. Hakikat sebenarnya setiap detik umur kita semakin berkurangan atau menghampiri detik kematian. Yang bertambah ialah angka tahun yang mana kita telah menikmati kehidupan di dunia ini. 

Bersyukurlah kita masih dapat meneruskan kehidupan di dunia ini. Gunalah peluang itu untuk meraih sebanyak mungkin mengumpul pahala sebagai bekalan hidup di akhirat. Tambah dan perbanyakkan amalan kebaikan. Manakala perkara buruk ditinggalkan. 

Ingatlah, mati itu pasti. Masa atau peluang hidup di dunia ini akan dipertanggungjawab di akhirat nanti. Tidak ditanya berapa kali kita mengadakan sambutan hari lahir dengan meriah atau berapa hadiah yang diperoleh, tetapi berapa banyak kebaikan yang telah dilakukan.

Jadi, tidak perlu kita bersedih jika tiada ada sambutan hari lahir dan tidak ada orang ingat untuk mengucapkan selamat hari lahir. Sebaliknya, fikirkan atau hisab diri sendiri apakah kita telah bersedia untuk mengadap Ilahi.

No comments:

Post a Comment