Saturday 6 March 2021

CARA MUDAH PUJUK UMNO SERTAI PN

Pas begitu komited untuk menyatukan UMNO dan Bersatu akan bersama-sama dalam Parti Perikatan Nasional (PN).

"Bagi saya, perkara ini kita akan bincang secara baik atas dasar 'kekeluargaan' dan saya percaya semuanya akan dapat diselesaikan secara baik. Bak kata pepatah 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'," kata Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama bekas pemain bola sepak Kelantan, di Kota Bharu, pada Sabtu.

Sebenarnya mudah sangat untuk pujuk UMNO menyertai PN. Satu-satunya punca ahli akar umbi tidak menyukai Bersatu ialah apabila Bersatu tidak mahu menyerahkan kembali kerusi yang dimenangi UMNO padar PRU14 lalu.

Jika Bersatu setuju serah semua sekali, rasanya ‘kemarahan’ ahli dan pemimpin akar umbi UMNO akan reda. Dan, tentu sekali MKT UMNO akan memutuskan akan berkerjasama dengan PN pada PRU15 nanti.

No comments:

Post a Comment