Saturday 6 March 2021

UMNO Pagoh tidak beri laluan kepada Muhyiddin

UMNO Bahagian Pagoh teguh dengan pendirian mereka selepas akar umbi parti itu tetap mahukan UMNO bertanding merebut kembali kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed berkata, meskipun kepemimpinan Badan Perhubungan UMNO negeri memberi bayangan akan memberi laluan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun ia tidak semudah itu.

Kata beliau, seperti mana keputusan Majlis Tertinggi (MT) menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRU15, mereka awal-awal lagi tidak bersetuju dengan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau memberitahu telah tiga kali bertemu kesemua 104 ketua cawangan UMNO dalam bahagian berkenaan, dan memang mereka menolak tidak mahu bersama dengan Bersatu.

No comments:

Post a Comment