Thursday 25 March 2021

KESALAHAN GUNA HON TENONET BOLEH DIPENJARA

Pemilik kenderaan yang menggunakan 'hon tenonet' boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Hon tenonet merujuk kepada hon kenderaan yang mempunyai bunyi melebihi satu nada atau berirama.  

Hhon tenonet semakin sohor kini digunakan oleh kenderaan terutama jenis lori dan bas buat masa kini.

Hon merupakan salah satu instrumen penting pada sesebuah kenderaan yang berfungsi untuk memberi amaran, peringatan atau isyarat kepada pengguna jalan raya lain melalui sistem bunyi.

Namun begitu penggunaan hon yang melebihi satu nada atau nada berirama ini boleh mengelirukan pengguna jalan raya lain tentang isyarat yang ingin disampaikan serta boleh mengganggu ketenteraman awam sekiranya dibunyikan di kawasan perumahan.

Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 119(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan.

Selain itu, memasang hon tenonet secara aksesori (retrofit) juga boleh diambil tindakan saman di bawah Kaedah 24(i) Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 iaitu 'memasang hon melebihi satu nada'.

Pemilik kenderaan perlu hadir pemeriksaan di mana-mana Pejabat JPJ berdekatan bagi memastikan kenderaan tersebut telah dibuat tindakan pembetulan dengan membuang semula 'hon tenonet' yang dipasang. Notis Penarikan Semula Larangan Penggunaan Kenderaan (PG2) akan dikeluarkan selepas pemeriksaan kenderaan dibuat.

Kompaun juga perlu dijelaskan atau kes dibawa ke mahkamah bagi tindakan lanjut.

No comments:

Post a Comment