Monday 15 March 2021

NASIHAT KEPADA MUHYIDDIN

Tidak bermakna anda selamat apabila ramai MP daripada PH menyokong anda. Anda sebenarnya yang akan tertekan.

Mereka yang menyokong anda, kononnya diugut, dan apabila mereka menyokong anda, anda pula yang akan menghadapi risiko diugut oleh mereka untuk keluar PN.

Sampai bila ia akan berterusan?

Anda kini di puncak. Anda mesti tahu cara untuk turun. Tirulah cara sifu anda, Dr Mahathir, yang tahu masuk dan keluar daripada politik dengan selamat dan kurang risiko.

Jika anda tumbang dalam PRU15 atau sebelumnya, sayangilah masa-masa tua anda ketika itu. Sudah hampir pasti jika ia berlaku, anda akan membuang masa-masa tua anda ke mahkamah sebagaimana yg dihadapi bekas pemimpin-pemimpin UMNO kini.

PPBM tidak mungkin dapat menelan UMNO tanpa risiko. Sudah tentu ada penentangan dan boikot akar umbi UMNO jika pemimpin UMNO sendiri tunduk kepada PPBM, apatah lagi jika UMNO tidak tunduk kepada PPBM.

Jika ada perlawanan 3 penjuru, maka sudah pasti PPBM yang paling terkesan.

Satu-satunya cara untuk anda turun adalah dengan “menyerah” dan mengusahakan cara agar UMNO kembali memerintah negara. Buatlah apa cara sekali pun asalkan UMNO kembali berkuasa selepas PRU15.

Masa depan UMNO adalah masa depan anda juga kerana PPBM tidak mungkin menjadi besar. Akuilah bahawa PPBM hanya tempat politikus-politikus opportunist dan tidak berprinsip singgah. Mereka akan pergi jika tidak ada manfaatnya lagi kepada mereka.

Jika PN tumbang kepada PH, anda tentu tahu akibatnya. Dan ia tidak mustahil berlaku jika undi orang Melayu pecah kepada banyak penjuru.

Apa lagi yang anda mahukan?

Tidak ada cara lain. Jika anda tumbang dalam PRU15 kerana tidak mendapat kerjasama dengan UMNO, andalah yang paling menerima risiko.

Usah dengar nasihat-nasihat orang-orang di sekeliling anda yang hanya mengampu dan mengambil kesempatan daripada kekuasaan yang anda miliki. Mereka akan sehabis daya mahu anda terus berkuasa agar mereka mendapat manfaatnya. Mereka akan membayangkan PPBM dapat menelan UMNO dengan membeli atau menaja pemimpin-pemimpin UMNO, malah pelbagai imaginasi indah lagi.

Pelajarilah kisah Najib. Bagaimana mereka yang dulu di sekelilingi beliau, hari ini mereka itulah yang berpaling tadah dan menyerang beliau kembali.

Nafsu sentiasa gagah, tetapi kudrat semakin rapuh.

Sumber: Media Sosial. 

No comments:

Post a Comment