Hidup
ini indah apabila ada sikap prihatin. Apa sahaja yang berlaku di sekitar kita
dijadikan ‘cerita’ untuk kita berasa bersyukur dan pada masa sama berusaha untuk
membantu mana yang boleh.
“Semasa
melakukan tugasan suasana lengang di jalan sekitar Kota Bharu hari pertama PKP kelmarin
secara kebetulan melihat seorang budak lelaki foodpanda sedang membuat
penghantaran makanan dengan mengayuh basikal dalam keadaan cuaca amat
panas...jarang dilihat di Kelantan dan terus shoot beberapa keping gambarnya
..gambar berkenaan dimasukkan dalam FB malam tadi.
“Gambar
itu turut dikongsi oleh sahabat2 kat FB sehingga mendapat perhatian yang lain
dan hari ini dikhabarkan ramai yang ingin membantu adik berkenaan termasuk
ingin memberi sebuah motosikal. 'Rezeki Allah itu tak pernah salah alamat..'
dik.
“Kunci
utama abang nampak usaha, kesungguhan dan ketabahan kamu dik ... abang tabik
dik..
Catatan
Zulhanifa mendapat perhatian banyak warga maya. Antaranya Mohamad
Zaidan Abdul Rahim. Beliau menyatakan akan berusaha untuk bertemu dengan individu
di dalam gambar tersebut.
Hasratnya
dipermudahkan Allah SWT yang kemudiannya dia dapat bertemu dengan adik yang
kemudiannya dikenali Syamil.
Zaidan
berkongsi catatan di akaun FBnya.
“Alhamdulillah,
syukur... pagi ini berkesempatan bersua muka berjumpa adik syamil, kisahnya yg
tular smlm, berumur 19 thn, merupakan anak bongsu dari 3 beradik, ayahnya
pekerja hardware dan ibunya suri rumah tangga.
Beliau
yang berasal dr Pasir Puteh, Kelantan.
“Setiap
hari ulang alik dengan motorsikal sejauh 45KM, basikalnya tinggal di KB Mall
“Begitulah
kisah kehidupan adik syamil yang turut mengundang perhatian kita semua,
“Kisah
beliau gateh basikal sbg staf FoodBank adalah 1001 kisah kesungguhan anak muda,
Terima Kasih saya buat Sdr Zulhanifa
Sidek yang sempat merakam aksi adik syamil semalam.” ujar Zaidan
Diharapkan
perkongsian seperti ini akan membuka mata kepada semua orang betapa ketika kita
merintih tentang kepayahan hidup, ada lagi insan lain yang terpaksa berjuang untuk
mencari sedikit rezeki bagi memenuhi keperluan hidup.
Gambar
dari FB Zaidan.
No comments:
Post a Comment