Thursday 8 June 2023

Penukaran paip lama kurangkan peratusan air tidak berhasil

 
Untuk memastikan pengagihan air bersih berjalan lancar dan tidak berlaku kebocoran yang menyebabkan pembaziran air atau air tidak berhasil (NRW), kerajaan Kelantan melaksanakan penukaran paip lama dan uzur. Ia melibatkan dua pakej iaitu Pakej 1 dan Pakej 2.
 
Pakej 1 merangkumi penggantian paip lama dan uzur dengan paip baru berserta kerja - kerja yang berkaitan di jajahan Kota Bharu Timur, Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai. Kemajuan fizikal setakat 25 Mei 2023 adalah sebanyak 42.09%.
 
Pakej 2 pula merangkumi penggantian paip lama dan uzur dengan paip baru berserta kerja-kerja yang berkaitan di jajahan Kota Bharu Utara dan Kota Bharu Selatan. Kemajuan fizikal setakat 25 Mei 2023 adalah sebanyak 9.93%.
 
Jumlah keseluruhan paip lama yang akan ditukar adalah sepanjang 4006 kilometer. Kerja-kerja penukaran paip lama jenis AC (Asbestos Cement) kepada paip baru jenis HDPE (High-Density Polyethylene) sedang giat dilaksanakan secara serentak bagi kedua-dua pakej.
 
Kedua-dua pakej ini dijangkakan siap pada akhir tahun 2026.

No comments:

Post a Comment