Friday 23 June 2023

MAKSUD PERKATAAN ‘SAKAU”

 
Salah satu perkataan slanga (kata-kata atau ungkapan yang tidak tergolong dalam bahasa baku yang biasa digunakan dalam percakapan tidak rasmi) ialah “sakau”. Perkataan sakau tidak tidak termasuk dalam senarai perkataan baku. 
 
Perkataan sakau didapati ada digunakan dalam percakapan penduduk di Melaka. Perkataan sakau yang digunakan di kalangan penduduk Melaka bermaksud mengaut secara haram, mencuri atau merampas tanpa hak.
 
Justeru, perkataan sakau yang kerap dipaparkan di media sosial adalah merujuk kepada perbuatan pemimpin atau parti yang mengaut keuntungan secara tidak hak melalui pengeluaran tander atau menggunakan wang kerajaan secara tidak betul. Ia dianggap sama seperti mencuri hak rakyat.
 
Amalan ‘songsang’ ini juga boleh membarah dan menjadi punca kejatuhan bukan sahaja parti politik, tetapi masyarakat, negara dan juga tamadun.
 
Untuk melangkah ke hadapan dengan lebih yakin dan gagah, Malaysia perlu mempunyai suatu ekosistem budaya, politik dan pengurusan kerajaan yang bebas amalan sakau, rasuah dan berintegriti.
 
Dalam bahasa Indonesia, sakau adalah keadaan seseorang yang “gian” akibat ketagih dadah dan seumpamanya.

Gambar sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment