Tuesday 4 July 2023

Wan Muhamad Nor Matha Speaker Parlimen Thailand

 
Parlimen Thailand melantik ahli politik veteran Wan Muhamad Noor Matha sebagai Speaker Dewan itu yang baharu dalam keputusan pemilihan diadakan 04 Jul 2023.

Berusia 79 tahun, Wan Muhammad Noor, dianggap sebagai calon "tolak ansur" yang dipersetujui oleh Move Forward dan Pheu Thai, iaitu dua parti yang menang kerusi parlimen terbanyak dalam pilihan raya umum pada Mei lalu.
 
Kedua-dua parti itu sebelum ini berebut bagi jawatan Speaker.
 
Pelantikan Speaker Parlimen merupakan langkah penting ke arah pembentukan kerajaan baharu Thailand.

Salah satu tugas utama Wan Muhamad Noor adalah menetapkan tarikh bagi kedua-dua Dewan Parlimen dan Dewan Senat mengundi untuk memilih Perdana Menteri.
 
MFP dan Pheu Thai berdepan konflik berhubung kedudukan Speaker Dewan kerana pada mulanya kedua-dua pihak mahu mengisi kedua-dua jawatan iaitu Perdana Menteri dan Speaker Dewan.
 
Kemudiannya mereka berpendirian, lebih sesuai untuk seorang Ahli Parlimen yang berpengalaman dilantik sebagai Speaker Dewan.
 
Penganalisis politik percaya Wan Muhamad tidak berat sebelah dan pilihan terbaik untuk menamatkan konflik antara kedua parti berkenaan.
 
Wan Muhamad sebelum ini pernah dilantik sebagai Speaker Dewan, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pengangkutan sebanyak dua kali, Menteri Pertanian dan Koperasi serta Menteri Dalam Negeri.
 
Beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen sebanyak 11 kali dan banyak terbabit dalam menyelesaikan keganasan di wilayah paling selatan di Thailand.
 
Beliau juga Ahli Parlimen beragama Islam pertama yang mengisi jawatan Speaker Dewan sekitar tahun 1996 dan 2000.
 
Wan Muhamad Noor Matha adalah pemimpin parti Prachachat.

No comments:

Post a Comment