Saturday 15 July 2023

Niat BERSATU hendak haramkan UMNO gagal

 
Parti politik memang berjuang untuk mengalahkan musuh masing-masing melalui peti undi ketika pilihan raya umum (PRU), pilihan raya negeri (PRN) atau pilihan raya kecil (PRK). Ini memang perkara biasa dan dibenarkan undang-undang. Bertanding secara sihat dan bermaruah.
 
Namun, jika ada parti politik ingin mengalahkan parti lain melalui jalan salah, itu perbuatan tidak bermaruah. Perbuatan kejam dan amalan manusia tidak bertamadun.
 
UMNO hampir diharamkan apabila Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin merancang mengharamkan parti tersebut ketika mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
 
Sebelum itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah diberi amaran dan dipaksa untuk membubarkan UMNO. Namun, tindakan tegas Zahid menolak permintaan musuh parti itu, dia terus menjadi sasaran dendam politik.
 
Niat jahat mengharamkan UMNO tidak tercapai apabila mendapat bantahan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ketika itu menjadi sebahagian kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui PKR. Anwar bergegas ke rumah Muhyiddin yang ketika itu menjadi Menteri Dalam Negeri dan susana menjadi “tegang” apabila Muhyiddin berkeras ingin mengharamkan UMNO.
 
Menurut Anwar, dia lawan UMNO masa itu, tetapi tidak setuju haramkan UMNO. UMNO ada sejarah sendiri, sejarah perjuangan kebangsaan. Malah ibu bapa Anwar pernah menjadi pendokong UMNO. Beza pendapat, tapi haramkan itu bukan penyelesaian. Alasan apa nak haramkan?
 
"Kalau dalam politik kita lawan, dia (Muhyiddin) kata tak boleh, keputusan sudah dibuat (untuk haramkan UMNO). Saya bercakap dengan Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng ketika itu, kami tak setuju dan tak bersama (dalam keputusan itu)," kata Anwar ketika berucap pada Jelajah MADANI dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kedah di Padang Awam Pekan Guar Chempedak, 15 Jul 2023.
 
Strategi pembangkang ketika ini hanya menyerang Zahid tanpa mengusik UMNO kerana mahu mendapatkan undi ahli parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).
 
Justeru, ahli UMNO diseru menolak BERSATU yang pernah cuba menharamkan UMNO. Tolak juga mana-mana parti yang bersama dengan BERSATU dalam Perikatan Nasional (PN). Parti yang bersama dengan BERATU juga adalah musuh UMNO.
 
UMNO kuat hasil sokongan dan kesetiaan akar umbinya. Ahli UMNO perlu yakin dan wala’ kepada keputusan pemimpin dalam membawa hala tuju parti mendepani badai di lautan politik negara yang mencabar.

No comments:

Post a Comment