Sunday 17 September 2023

Penunggang motosikal rempuh penguat kuasa JPJ

 
Tular video berdurasi lima saat memaparkan anggota penguat kuasa JPJ dirempuh seorang penunggang motosikal dalam operasi sekatan jalan raya di Port Dickson. 
 
Kejadian berlaku pada pukul 11.00 pagi, 17 September 2023 di KM 28 Lebuh raya SPDH dari arah Seremban ke Port Dickson
 
Akibat rempuhan tersebut, penguat kuasa tersebut terpelanting dan terhantuk di kepala. Selepas kejadian, penguat kuasa itu dibawa oleh rakan sepasukan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
 
Penunggang motosikal yang merempuh penguat kuasa itu dipercayai cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya.
 
Hasil soal siasat didapati penunggang motosikal itu cuba mengelak ditahan kerana tiada lesen memandu, lesen kenderaan tamat tempoh dan tiada perlindungan insuran yang sah.
 
Kejadian penguat kuasa JPJ mahupun polis dirempuh pengguna jalan raya kerap berlaku disebabkan menyedari diri telah melakukan kesalahan. Mereka memecut laju untuk melepasi sekatan yang dibuat oleh pihak berkuasa.
 
Tidak kira siapa yang melakukan kesalahan itu wajar dikenakan tindakan sebagai peringatan kepada pengguna agar mematuhi peraturan atau undang-undang seperti memiliki lesen memandu, cukai jalan, insurans dan keadaan kenderaan seperti yang ditetapkan.
 
Sebelum ini tular mengenai penghantar makanan yang motosikalnya disita pihak JPJ disebabkan beberapa kesalahan. Tindakan itu adalah wajar. Malangnya, warga maya mengkritik dan menyalahkan tindakan JPJ.
 
Tindakan pihak berkuasa adalah untuk kebaikan pemandu atau penunggang, serta pengguna jalan raya lain.
 
Kuat kuasa undang-undang adalah langkah yang perlu dilakukan demi kebaikan semua.

No comments:

Post a Comment