Sunday 11 August 2024

KHASIAT BUAH RAMBUTAN

Buah rambutan antara buah tempatan yang terkenal di Malaysia. Rambutan ditanam di kebun atau di laman rumah yang menjadikan bunya mudah diperolehi pada musim buah.  
 
Rambutan kaya khasiat. Memang disarankan dimakan untuk menikmati rasanya yang sedap dan mendapat kebaikan khasiatnya. Pun begitu, kadar  atau jumlah yang dimakan perlu dikawal agar tidak mendatangkan keburukan.
 
Peraturan ini bukan sahaja berkaitan makan rambutan, bahkan jenis-jenis buah lain. Makanlah berpada-pada dan jangan berlebih-lebihan untuk mengelak kesan buruknya.

Buah rambutan membantu melawan pembentukan radikal bebas dalam badan, mencegah tekanan oksidatif dan melindungi sel-sel daripada kerosakan. Tekanan oksidatif adalah satu keadaan di mana jumlah radikal bebas di dalam tubuh melebihi kemampuan tubuh untuk menuteralkannya.

Bukan itu sahaja, tetapi beberapa penyelidikan juga menunjukkan bahawa antiosidan dalam buah rambutan boleh memainkan peranan dalam pencegahan penyakit dan boleh mengurangkan penyakit kronik seperti jantung.  

Makan rambutan dapat meningkatkan karbohidrat dan protein memberi tenaga dan mengelakan perut kembung. Rambutan ini juga kaya dengan air yang membantu mendapatkan kembali tenaga yang hilang dan menghilang kan dahaga.

Buah rambutan juga menawarkan fungsi teraputik. Pengambilan buah-buahan seperti ini boleh membantu untuk membunuh parasit yang ada pada usus.

Buah rambutan juga menawarkan fungsi teraputik. Pengambilan buah-buahan seperti ini boleh membantu untuk membunuh parasit yang ada pada usus dan membantu melegakan gejala-gejala cirit birit dan demam.

Selain daripada kesihatan dalaman, rambutan juga berfungsi untuk kulit lembut. Kandungan airnya yang tinggi dapat menghidratkan kulit anda, hasil daripada itu kulit anda akan sentiasa lembut dan licin.

Kandungan vitamin A elok untuk mengatasi masalah kulit kusam.

Selain itu, kandungan vitamin B di dalam buah rambutan dapat meningkatkan metabolism dalam buah rambutan. Vitamin B adalah salah satu laluan untuk meningkatkan metabolik dalam badan dan membantu untuk bertenaga bertukar dari karbohidrat ke dalam tenaga yang boleh digunakan. Dengan hasil ini, badan akan akan mengekalkan tahap tenaga yang mantap sepanjang hari.

Kepada pengidap kencing manis, rambutan tidak elok dimakan dalam kuantiti yang banyak, terutama jenis rambutan yang manis. Jika ada pokok sendiri, boleh pilih buah yang belum ranum kerana ia kurang manis. Biarpun rasanya kurang sedap, itu adalah lebih baik berbanding mendapat kesan buruk jika makan yang sudah ranum dengan rasa manis.  

No comments:

Post a Comment