Berak atau lebih manis dikatakan buang air
besar satu perbuatan yang perlu dilakukan apabila “tiba” masanya. Tiada
individu yang tidak perlu berak atau tidak berak. Berak adalah proses membuang
najis hasil penghadaman makanan yang kita makan.
Kalau tidak makan, kita tidak perlu berak.
Tetapi kita perlu makan untuk mendapat tenaga dan khasiat yang diperlukan untuk
operasi organ badan. Sebab itu, orang yang koma atau tidak sedarkan diri juga
perlu diberi makan dalam bentuk susu yang disalurkan melalui bahagian hidung. Dan
hasil makan itu, akan berlaku berak biarpun dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Tempat berak dipanggil tandas atau jamban. Di
kampung-kampung ada juga berak dalam semak sahaja. Ada juga dilaluan air sungai
yang terus menghanyutkan najis yang dikeluarkan.
Pada masa dahulu, tandas dibina di luar
rumah. “Rumah” kecil dibina sebagai tandas. Jadi bau busuk tidak akan mengganggu
penghuni rumah.
Namun, sekarang ini tandas dibina di dalam
rumah. Biasanya di bahagian belakang di dalam rumah. Tetapi, banyak juga tandas
dibina di sebelah bilik, terutama bilik utama. Bahkan tandas sudah menjadi
sebahagian bilik.
Sebenarnya secara tidak sedar kita telah
melalui satu budaya berkaitan makan dan berak. Orang dahulu makan di dalam rumah
dan berak di tandas yang berada di luar rumah.
Namun, sekarang ini banyak orang makan di
luar rumah (di restoran dan lain-lain) dan mereka akan berak di dalam tandas
yang terletak di dalam rumah.
No comments:
Post a Comment