Friday 23 February 2018

Amanat Hadi dingin pada PRU 14

Polimik mengenai Amanat Hadi yang dibuat pada 1981 tidak kunjung penamat biarpun kini semakin reda. Ia sedikit sebanyak disebabkan hubungan mesra UMNO PAS sejak kebelakangan ini.

Desakan pelbagai pihak supaya Abdul Hadi menarik balik amanatnya yang mengkafirkan UMNO yang dibuat pada 1981 tidak pernah dilayan.

Puluhan ribu ahli dan pengikut PAS masih berpegang teguh kepada Amanat Haji Hadi yang sehingga kini menganggap orang UMNO kafir.

Fahaman bahawa ahli UMNO kafir biasanya berkumandang setiap kali hampir Pilihan Raya Umum (PRU). Keyakinan bahawa mengundi UMNO boleh mencacatkan keimanan menjadi kepercayaan ahli dan pengikut yang taksub.

Namun, untuk PRU 14 ini, perkara itu tidak 'dihidupkan' melainkan apa yang telah selama ini dipegang oleh ahli dan pengikut setiap.

Diharapkan isu kafir ini tidak bergema pada PRU 14 kerana kesan kepada perpaduan umat Islam akan terjejas. Jika perkara ini berlaku, kekuatan parti ditunjangi umat Islam akan lemah dan berkemungkinan akan hilang kuasa pemerintahan.

Jikapun tidak bergabung, sudah memadai dengan perang dingin tetapi mesra seperti ditunjukkan sekarang. Pemimpin yang selama ini lantang menentang kerjasama sudah tiada lagi.

Memang tidak dinafikan bukan mudah untuk bergabung. Tambahan masing-masing ada prinsip dan perjuangan yang sukar untuk diubah.

Sudah lebih 50 tahun memperjuangan perinsip dan matlamat, tentu sukar untuk ditinggalkan begitu sahaja. Ia sudah sebati di dalam diri, pemikiran dan cara hidup.

No comments:

Post a Comment