Dalam usaha untuk
mengurangkan bahaya atas jalan raya, bermula 6 Julai 2020, kesalahan ini telah
dikategorikan dibawah kaedah 17A, LN166/59, sekaligus menjadikannya sebagai
saman yang tidak boleh dikompaun dan perlu diselesaikan di mahkamah.
Sekiranya disabitkan
kesalahan, pemandu yang cuai ini boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau
penjara tidak lebih daripada tiga bulan. Dan sekiranya ia adalah sabitan untuk
kali kedua, maka denda sehingga RM2000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau
kedua-dua sekali akan dikenakan.
Bagi anda yang memandu,
berhati-hati dijalan raya, dan jangan abaikan sebarang peraturan yang telah
ditetapkan.
No comments:
Post a Comment