Dunia merupakan tempat persinggahan sementara bagi manusia
untuk mengumpul sebanyak mungkin bekalan bagi menghadapi kehidupan abadi di
akhirat kelak. Setiap individu membawa bekalan masing-masing.
Umpama kita menaiki pelayaran, ada bagasi yang dibawa.
Bagasi itu perlu dibawa sendiri oleh penumpang. Setiap orang membawa bagasi
yang mempunyai ukuran yang berbeza-beza,
Bawalah bagasi berupa bekalan pahala untuk kehidupan di
akhirat yang tidak ada akhirnya.
Jangan kita hidup di dunia ini umpa seperti lebah, mulut
bawa madu, pantat bawa sengat. Pepatah itu bermaksud, seorang perempuan yang
elok parasnya dan manis tutur katanya, tetapi kelakuannya jahat.
Terlalu banyak individu yang ternampak elak pekerti dan
pekerjaannya, namun terlibat dengan pelbagai perkara yang menyalahi syariat.
Berikut adalah perkara utama yang perlu dijadikan bekalan
menuju ke akhirat:
Meningkatkan Amal Ibadah dan Takwa: Memperbaiki solat,
meningkatkan ketaatan, dan memperbaiki diri untuk mendekatkan diri kepada Allah
SWT.
Amalan jariah. Menyumbang dalam bentuk kebajikan yang
pahalanya terus mengalir, seperti memberi sumbangan kepada golongan memerlukan,
membina fasiliti awam (sumur/masjid), dan mencetak al-Quran.
Ilmu bermanfaat. Ilmu yang diajarkan dan dimanfaatkan oleh
orang lain akan terus memberikan ganjaran pahala, begitu juga dengan mendidik
anak-anak menjadi insan yang soleh.
Doa anak soleh. Doa daripada anak-anak yang soleh
adalah antara bekalan yang tidak terputus selepas kematian.
Gambar - Penumpang mengambil bagasi masing-masing selepas
tiba di Jeti Kuala Perlis

No comments:
Post a Comment