Tuesday 15 June 2021

CABAR DIRI DENGAN KEKURANGAN DIHADAPI

Kagum. Sikap Tidak mudah berputus asa malahan mencabar diri dengan kekurangan diri yang ada.

Seorang peniaga kecil yang dikenali sebagai Zeeda Aziz telah kehilangan sebelah kaki kirinya selepas menjalani amputasi.

Tetapi dengan semangat yang ada, dia tidak berputus asa dan mencabar dirinya untuk melibatkan diri di dalam dunia perniagaan.

Permulaan bisnesnya di Shopee agak kurang mendapat perhatian. Katanya dua bulan pertama di Shopee bisnesnya seperti hidup segan mati tak mahu.

Akhirnya bertekad untuk mengambil masa sebulan mendalami ilmu asas berniaga di Shopee. Dengan berkat kesungguhannya dalam mencari dan menimba ilmu, kini usahawan tersebut mampu menggajikan beberapa pekerja untuk membantunya.

Katanya lagi, usahawan tersebut mencabar diri sendiri dengan kekurangan fizikalnya untuk mencari barang untuk dijual. Pelbagai dugaan yang dihadapi olehnya.

Kini dia masih berusaha keras, gigih mencari ilmu sana sini supaya bisnes kecilnya mampu memberikan pulangan modal kembali.

Dia turut menasihati orang ramai supaya jangan menyalahkan takdir.

"Saya tak marah bila Allah uji saya dengan kanser. Itu bahagian saya. Saya tak bersedih bila Allah ambil semula sebahagian dari tubuh badan saya. Itu takdir saya.

Saya akan marah pada diri sendiri jika tak cukup berusaha. Setiap hari saya panjatkan doa semoga Allah beri kekuatan berganda dari setiap ujian yg datang kepada saya."

Kredit: Zeeda Aziz dan Niaga Kini

No comments:

Post a Comment