Friday 25 June 2021

KAK YAH NASI BERLAUK KAMPUNG LANDAK

Terlihat gambar ini. Jadi, berasa hendak tahu maklumat lanjut mengenai kedai makan Kak Yah Nasi Berlauk. Maka dibuat carian di internet dengan menaip ‘Kak Yah Nasi Berlauk’ seperti perkataan di dalam gambar.

Rupanya, banyak kedai ‘Kak Yah Nasi Berlauk’. Bukan sahaja di Kelantan, tetapi juga di negeri-negeri lain.

Walaupun ‘nasi berlauk’ sinonim dengan menu di Kelantan, rupanya di tempat lain pun banyak menjual nasi berlauk.

Jadi, kalau hendak mencari maklumat mengenai Kak Yah Nasi Berlauk, kenalah ditaip juga nampa tempatnya.

Contohnya, Kak Yah Nasi Berlauk dalam gambar ini kena tambah perkataan ‘Kampung Landak’, iaitu Kak Yah Nasi Berlauk Kampung Landak, baharu ia memberi pilihan pautan yang lebih menepati kepada carian.

Gambar dari media maya.

No comments:

Post a Comment