Friday 15 December 2023

GURU SMK PANGGUNG JAYA KORBANKAN CUTI PENGGAL

 
Masa cuti sekolah, bukan sahaja pelajar yang bercuti, tetapi juga guru-guru, kecuali guru pentadbir seperti pengetua. Namun, demi kejayaan pelajar, segelintir guru sanggup korbankan masa cuti.
 
Kebanyakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panggung Jaya, Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan tinggal di pos penempatan Orang Asli di pedalaman Gua Musang yang jauh dan sukar untuk sampai, dengan keadaan cuaca hujan yang tidak menentu, pihak pengurusan sekolah tersebut menasihatkan pelajar yang bakal mendudukan SPM agar tidak pulang ke kampung masing-masing dan kekal tinggal di asrama sepanjang cuti penggal selama dua minggu.
 
Pelajar SMK Panggung Jaya di kalangan Orang Asli yang semakin mendapat sentuhan naluri tentang penting SPM kepada mereka mengambil nasihat tersebut dan bersedia kekal di asrama. Apapun kemampuan mereka dalam pelajaran selama ini akan diterjemahkan dalam keputusan SPM nanti. Maka, ruang masa yang ada dimanfaatkan sebagai persediaan menghadapi perperiksaan yang penting itu.
 
Keberadaan pelajar di asrama tentu sekali perlu dimanfaatkan dan program khusus disusun pihak sekolah yang memerlukan keberadaan guru-guru bersama-sama.
 
Kalau pelajar bersemangat, guru perlu lebih bersemangat sebagai pembakar semangat pelajar. Guru hadir ke sekolah untuk mengisi program yang telah disusun. Guru sanggup mengorbankan cuti demi melaksanakan misi penting demi kejayaan pelajar.
 
Tahniah pengetua, guru dan pelajar SMK Panggung Jaya. Semoga kejayaan mengiringi pengorbanan yang dilakukan. Amin.  
 

No comments:

Post a Comment