Tuesday 20 February 2024

Pemandu disaman jika ingkar - JPJ

 
Orang awam diingatkan agar tidak masuk atau meletakkan kenderaan di kawasan laluan bas di Terminal Bas Lembah Sireh, Kota Bharu. Tindakan saman boleh dikenakan sekiranya didapati pemilik kenderaan tidak mematuhi arahan yang telah ditetapkan.

Pihak JPJ boleh mengeluarkan notis saman di atas kesalahan Tidak Mematuhi atau Mengabaikan Isyarat Lalu lintas di bawah Seksyen 79(2).

Pemilik kenderaan dinasihatkan untuk memakir kenderaan di tempat yang telah disediakan untuk sebarang urusan di Terminal Bas Lembah Sireh, Kota Bharu bagi memastikan kelancaran lalu lintas di kawasan tersebut.

Sumber : JPJ Negeri Kelantan




Baca juga;

Masalah laluan awam di Terminal Bas Awam Lembah Sireh

No comments:

Post a Comment