Biarpun
sibuk dengan tugas sebagai Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob tidak mengabaikan tugasnya sebagai Ahli Parlimen Bera. Pengundi di Bera
disantuni dengan baik sebagai menjalankan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Catatan Ismail Sabri di akaun FBnya:
“Bila
saya pulang sebentar ke Bera hari ini menghantar bantuan dan melihat kawasan
yang di kenakan PKPD, ternyata kawasan kampung kesannya sungguh terasa.
“Saya tidak berpeluang berjumpa orang kampung kerana faktor PKP, tetapi saya rindu suasana dulu boleh singgah di warung.
“Walaupun saya sibuk di Kota mengurus negara namun orang Bera takkan pernah saya sisihkan.
“Semangat anda semua penduduk Bera dan rakyat Malaysia merupakan pembakar sebenar semangat terus saya berjuang. Terima kasih”
No comments:
Post a Comment