Friday, 11 June 2021

Ismail Sabri hargai jasa barisan hadapan

Biarpun sibuk dengan tugasan, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Ismail Sabri Yaakub, mengambil kesempatan masa yang ada untuk membuat tinjauan di lapangan dan bertemu rakyat. Cuti hujung minggu bukan masa untuk rehat bagi beliau.

Hari ini beliau turun meninjau sendiri operasi sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Kerayong - Felda Gugusan Bera.

Jalan ini menjadi penghubung antara bandar Bera dengan beberapa gugusan Felda di Bera.

Tinjuan itu bukan sahaja untuk melihat kelancaran SJR, tetapi juga sebagai sokongan kepada anggota barisan hadapan yang sentiasa memberi komitmen tinggi melaksanakan tugasan.

“Terima kasih frontliners  yang terdiri daripada Rejimen Ke-34 Artileri Diraja (RAD), polis dari IPD Bera serta Rela Daerah Bera atas komitmen yang hebat untuk mengekang penularan wabak COVID-19 bagi Daerah Bera.’ tulis Ismail Sabri di akaun FBnya.

“Semoga kita dapat menurunkan jumlah kes positif COVID-19. Kita usaha, doa dan tawakal, Insya Allah kita akan menang.” tambahnya lagi.

Beliau turut bersyukur kenderaan tidak terlalu banyak dan terkawal di SJR tersebut, tanda rakyat mematuhi SOP.

 

No comments:

Post a Comment