Desakan pelbagai
pihak supaya Abdul Hadi menarik balik amanatnya yang mengkafirkan UMNO yang
dibuat pada 1981 tidak pernah dilayan.
Puluhan ribu ahli dan
pengikut PAS masih berpegang teguh kepada Amanat Haji Hadi yang sehingga kini
menganggap orang UMNO kafir.
Fahaman bahawa ahli
UMNO kafir biasanya berkumandang setiap kali hampir Pilihan Raya Umum (PRU).
Keyakinan bahawa mengundi UMNO boleh mencacatkan keimanan menjadi kepercayaan
ahli dan pengikut yang taksub.
Namun, untuk PRU 14
ini, perkara itu tidak 'dihidupkan' melainkan apa yang telah selama ini
dipegang oleh ahli dan pengikut setiap.
Diharapkan isu kafir
ini tidak bergema pada PRU 14 kerana kesan kepada perpaduan umat Islam akan
terjejas. Jika perkara ini berlaku, kekuatan parti ditunjangi umat Islam akan
lemah dan berkemungkinan akan hilang kuasa pemerintahan.
Jikapun tidak
bergabung, sudah memadai dengan perang dingin tetapi mesra seperti ditunjukkan
sekarang. Pemimpin yang selama ini lantang menentang kerjasama sudah tiada
lagi.
Memang tidak
dinafikan bukan mudah untuk bergabung. Tambahan masing-masing ada prinsip dan
perjuangan yang sukar untuk diubah.
Sudah lebih 50 tahun
memperjuangan perinsip dan matlamat, tentu sukar untuk ditinggalkan begitu
sahaja. Ia sudah sebati di dalam diri, pemikiran dan cara hidup.
No comments:
Post a Comment