Kasut dan songkok memang berbeza. Namanya pun
sudah berbeza. Biarpun kedua-duanya dibeli dan dipakai, namun nasib dan
kedudukannya tetap berbeza.
Kasut dipakai di kaki ketika berjalan.
Kedudukan kasut paling bawah. Bersedia menerima apa bebanan berat pemakainya
dan terpaksa menjadi pemisah antara tapak kaki dangan apa sahaja yang dipijak.
Kaki tidak terasa panas tar yang dipijak. Kaki tidak kena tajam duri. Kaki
tidak sedar kasut terpijak najis. Jadi, kasut tidak boleh bermegah biarpun
harganya mahal.
Songkok pula dipakai di kepala. Songkok paling
tinggi kedudukannya. Songkok dipakai ketika majlis rasmi dan kebesaran.
Songkok
dipakai ketika menunaikan sembahayang, mengadap Yang Maha Berkuasa. Orang
sanggup menanggalkan songkok jika hari hujan. Biar kepala basah, asal songkok tidak
basah.
Biarpun songkok ditanggalkan seketika, ia akan diletakkan kembali agar
kedudukan lebih betul dan kelihatan segak. Jadi, hebatnya songkok biarpun
harganya murah.
Kasut yang mahal dan songkok yang murah dipakai
bersama menuju ke masjid. Kasut akan ditanggalkan dan ditinggalkan di tangga.
Sedangkan songkok yang murah akan terus dipakai di dalam masjid.
Dalam majlis perkahwinan semasa akad nikah,
pengantin lelaki ‘mesti’ pakai songkok. Namun songkok tidak pula dijadikan
sebahagian barang hantaran wanita kepada lelaki. Sebaliknya yang biasa
dijadikan hantaran ialah kasut.
Miskin dan kaya
lumrah kehidupan saling melengkapkan. Apa yang penting kita faham peranan dan
tugas masing-masing. Hidup ini tidak membawa apa-apa erti tanpa melaksankan
tugas yang diamanahkan.
No comments:
Post a Comment