Puteri Saadong anak angkat kepada Che Siti Wan Kembang, raja pemerintah Kelantan pada zaman dahulu. Bukit Marak terletak kira-kira 17 kilometer dari bandar Kota Bharu dan hanya kira-kira 10 kilometer dari bandar Kubang Kerian.
Puteri
Saadong berkahwin dengan Raja Abdullah dan bersemayam di Kota Mahligai. Namun,
kehidupan suami isteri Puteri Saadong dengan Raja Abdullah tidak lama kerana
selepas itu Puteri Saadong terpaksa menyerah diri kepada Raja Siam yang terlalu
kagum dengan kecantikan Puteri Saadong.
Tindakan Puteri Saadong itu bertujuan untuk mengelak peperangan lebih teruk antara Kelantan dan Siam akibat keinginan Raja Siam terhadap Puteri Saadong.
Tindakan Puteri Saadong itu bertujuan untuk mengelak peperangan lebih teruk antara Kelantan dan Siam akibat keinginan Raja Siam terhadap Puteri Saadong.
Ketika
hendak bertolak ke Siam, Puteri Saadong telah berpesan kepada Raja Abdullah agar
menunggu kepulangannya semula ke Kota Mahligai.
Sepanjang berada di Siam, Puteri
Saadong tidak mudah tunduk pada kehendak dan pujukan Raja Siam. Puteri Saadong mengatur
strategi bagi menyelamatkan diri.
Puteri Saadong menggunakan helah dengan mengatakan tubuhnya tidak boleh disentuh Raja Siam sehingga terpaksa disediakan sebuah istana untuknya bersemayam.
Puteri Saadong menggunakan helah dengan mengatakan tubuhnya tidak boleh disentuh Raja Siam sehingga terpaksa disediakan sebuah istana untuknya bersemayam.
Pada
masa sama, Raja Siam diserang penyakit kudis yang sukar diubati. Puteri Saadong
berjaya menyembuhkan penyakit Raja Siam dan membuat permintaan supaya dia
dihantar balik ke Kelantan.
Namun,
sekembalinya ke kota Mahligai, dia menjadi berang dan marah dengan tindakan
Raja Abdullah yang memungkiri janjinya untuk setia menantinya. Raja Abdullah
telah berkahwin lain.
Pertelingkahan yang berlaku antara Puteri Saadong dengan
Raja Abdullah akhirnya menyebabkan kemangkatan Raja Abdullah.
Berhubung kemangkatan Raja Abdullah, terdapat
beberapa pendapat yang dikemukakan mengenai punca yang menyebabkan kematian
suami Puteri Saadong itu.
Ada
pendapat mengatakan wujudnya konspirasi atau pakatan yang dilakukan oleh pihak
tertentu yang sengaja mencetuskan ketegangan di antara suami isteri itu yang
seterusnya menyebabkan Puteri Saadong menikam Raja Abdullah. Kematian Raja
Abdullah seolah-olah dirancang supaya takhta raja tersebut dapat dirampas.
Ada pendapat lain pula menafikan Puteri
Saadong menikam suaminya dengan menggunakan cucuk sanggul akibat mengikut
perasaan marah dan cemburu kerana dia disifatkan sebagai seorang yang mempunyai
pegangan agama dan berperibadi baik.
Justeru, mana mungkin dia sanggup membunuh
suaminya. Jadi, kematian Raja Abdullah dikatakan tiada kaitan dengan Puteri
Saadong.
Pendapat
lain pula mengatakan Puteri Saadong tanpa sengaja tertikam Raja Abdullah dengan
cucuk sanggulnya yang akhirnya menyebabkan suaminya terbunuh.
Selepas
kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong membawa diri ke Bukit Marak bersama
dayang-dayang termasuk seorang pengawal yang dikenali Awang Selamat.
Meskipun
Puteri Saadong bersemayam di bukit itu, namun perhubungannya dengan raja-raja
Jembal tidak terputus. Setiap kali majlis keramaian diadakan, dia pasti
diundang untuk hadir bersama.
Beberapa bulan kemudian, Raja Abdul Rahim
(adik Raja Abdullah) dilantik dan ditabalkan sebagai Sultan Kelantan pada 1671
(dengan gelaran Sultan Abdul Rahim) atas kehendak Puteri Saadong sendiri yang
membuat keputusan untuk turun takhta.
Namun,
sepanjang pemerintahan Sultan Abdul Rahim, pelbagai bentuk kezaliman berlaku
menyebabkan rakyat terpaksa mengadu dan merayu Puteri Saadong di Bukit Marak
supaya campur tangan dalam usaha mengembalikan semula keamanan di Kota
Mahligai.
Kebangkitan
rakyat yang menentang kezaliman akhirnya mengakibatkan Sultan Abdul Rahim
terbunuh di tepi Tasik Lelayang. Pendapat lain pula mengatakan bahawa Sultan
Abdul Rahim mati dibunuh atas arahan sepupunya, Raja Kechil Sulong.
Dengan
kemangkatan Sultan Abdul Rahim, maka berakhirnya kerajaan yang berpusat di Kota
Mahligai dan selepas itu wujud kembali kerajaan Jembal di bawah pemerintahan
Raja Umar yang bergelar Sultan Umar pada 1675. Sultan Umar merupakan adik
kepada Raja Loyor (Sultan Adiludin) iaitu bapa kepada Puteri Saadong.
Sepanjang
pemerintahan Sultan Umar, tiada sebarang permusuhan mahupun pergaduhan tercetus
di antara negara jiran, malah rakyat hidup dalam keadaan aman damai.
Bapa saudara Puteri Saadong itu juga melakukan pelbagai bentuk pembangunan termasuk membuka kawasan tanaman padi yang luas dinamakan Padang Jembal. Baginda melakukan lawatan kerja ke seluruh kawasan dan jajahan takluk dan membina hubungan diplomatik dengan kerajaan luar seperti Patani, China dan Jawa.
Bapa saudara Puteri Saadong itu juga melakukan pelbagai bentuk pembangunan termasuk membuka kawasan tanaman padi yang luas dinamakan Padang Jembal. Baginda melakukan lawatan kerja ke seluruh kawasan dan jajahan takluk dan membina hubungan diplomatik dengan kerajaan luar seperti Patani, China dan Jawa.
No comments:
Post a Comment