Sumayyah
binti Khayyat merupakan hamba suruhan Abu Hudzaifah. Dia berkahwin Yasir dan
mempunyai anak Ammar yang merupakan anak soleh yang memperjuangkan agama Allah.
Apabila datang Nabi Muhammad SAW membawa agama Allah SWT, Ammar
bin Yasir lalu memeluk agama Islam.
Ammar
lalu mengajak ibu dan ayahnya untuk memeluk agama Islam. Hingga akhirnya
keluarga kecil itu menjadi pengikut Nabi Muhammad SAW.
Cerita
keislaman keluarga Yasir ini didengar Bani Makhzum. Mereka murka kerana merasa
dikhianati dan bersumpah membunuh keluarga Yasir, kecuali kembali menyembah
berhala.
Mulailah
Bani Makhzum menghujani keluarga Yasir dengan berbagai siksaan. Mulai dari dijemur
di bawah terik matahari di tengah-tengah gurun tanpa diberikan air sedikitpun
hingga dipukul berkali-kali. Siksaan tersebut dilakukan berulang kali setiap
hari.
Suatu
ketika Rasulullah SAW melalui tempat mereka sedang disiksa. Rasulullah amat
sedih, namun tidak memiliki kekuatan untuk menolong keluarga tersebut.
Apa
yang mampu dilakukan Rasulullah SAW hanya mengungkapkan kata-kata: "Bersabarlah,
wahai keluarga Yasir, sesungguhnya tempat kembali kalian adalah syurga.”
Biarpun
kata-kata itu tidak mengubah nasib keluarga Yasir pada ketika itu, namun mereka
gembira dan tenang setelah dijanjikan syurga di akhirat nanti.
Pada
suatu ketika Abu Jahal lalu di hadapan Sumayyah yang tengah disiksa. Abu Jahal
menghardiknya dengan bermacam kata-kata kotor dan buruk. Namun,
Sumayyah tak goyah dan tetap teguh memegang agama Allah.
Sumayyah disiksa dengan begitu kejam. Dia terus menyebut Tuhan Yang Maha Esa.
Hingga amarah Abu Jahal memuncak lalu dibunuhlah Sumayyah.
Namanya
tercatat sebagai wanita pertama yang mati syahid di jalan Allah.
Sementara
itu, Yasir juga menegalami nasib yang sama apabila dia meninggal di atas bara api. Sebelum
menghembuskan nafas terakhir, Yasir sempat mengucapkan, Tiada Tuhan selain Allah dan
Muhammad adalah utusan Allah.
Yasir
tercatat sebagai lelaki pertama yang mati syahid dalam membela agama Islam.
No comments:
Post a Comment