Dongeng Pak Kadok berkisar kepada sikap
orang berjudi sabung ayam sehingga kampung tergadai. Ayam sabung miliknya yang
handal dan hebat ditukarkan dengan ayam sabung raja.
Kisah Pak Kaduk dicerita dalam versi secara
jenaka, tetapi penuh pengajaran. Namun berapa ramai antara kita ingin mengambil
pengajaran daripada kisah tersebut?
Siapa lupa pada sejarah dan kisah
pengajaran akan mengulangi kesalahan sama berulang kali dan mengalami kerugian
besar.
Kisah Pak Kaduk antara lain, memberi isyarat
tentang pentingnya akal dan kebijaksanaan dalam menjalani kehidupan. Jelas
bahawa insan yang menggunakan akalnya dan dikurniai kebijaksanaan akan
memperoleh manfaat yang besar.
Firman Allah SWT bermaksud: "Dan
sesiapa yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan
yang banyak." (Surah al-Baqarah ayat 269).
Mengapa tidak menggunakan kebijaksanaan
akal untuk menentukan baik dan buruk. Tidak sukar untuk mengambil keputusan
berdasarkan kepada apa yang telah dan sedang berlaku. Ambil pengajaran untuk
halang perkara buruk sama berulang.
Banyak watak Pak Kaduk yang dapat
disaksikan berada di sekeliling kita. Antaranya termasuklah individu yang
sentiasa dimanipulasi orang lain akibat kejahilan diri sehingga tergadai milik
serta kepentingan peribadi.
Hal inilah yang sering dapat dilihat
berlaku. Lebih dibimbangi jika kelak ia membabitkan urusan yang jauh lebih
besar dan penting seperti kepemimpinan negara. Misalnya jaminan Perlembagaan
negara yang melindungi sebahagian besar kepentingan umat Islam.
Mengapa ada orang Islam masih menyokong
bukan Islam semata-mata demi kuasa? Kuasa kepimpinan Islam di Malaysia bakal
hancur jika bukan Islam lebih berkuasa di Parlimen.
Memang perkara ini tidak terus berlaku,
tetapi mengambil masa berperingkat-peringkat yang dirancang secara teliti pihak
musuh.
Mereka menggunakan orang Islam sendiri
untuk menghancurkan Islam. Seperti Pak Kadok, ayam miliknya ditukar dengan
milik raja yang kemudiannya kalah dalam pertarungan. Kalau tidak terpengaruh
dengan tawaran raja, sudah pasti yang menang itu adalah ayam Pak Kadok.
Berhatilah dengan tawaran pihak musuh
menggunakan kekuatan orang Islam untuk meruntuhkan kedudukan orang Islam.
Kalau sudah runtuh, tidak ada ertinya lagi
penyesalah. Kekalahan Kesultanan Melayu Melaka disebabkan sikap pemimpin Melayu
Melaka sendiri yang terpengaruh dengan fitnah dan ingin mendapat kepentingan
diri sendiri.
No comments:
Post a Comment