Ketawa tabiat semula jadi manusia. Ia lahir
daripada perasaan gembira atau lucu apabila melihat, mendengar atau membaca
sesuatu. Ketawa lahir secara spontan atau lahir secara dari dalam perasaan yang
ikhlas bersesuaian dengan keadaan. Namun, ada juga ketawa yang dibuat-buat
sekadar untuk menunjukkan kepada orang lain.
Islam tidak menegah muslim daripada ketawa. Namun, ketawa itu hendaklah dalam sederhana, dalam keadaan yang terkawal dan terhindar perkara buruk. Ketawa terlalu kuat bukan sahaja mengganggu orang sekeliling dan menyebabkan kita lupa kesan ketawa itu. Atau mungkin ketika ketawa itu ada individu lain berduka yang menyebabkan dia lebih berduka.
Antara sebab seseorang ketawa apabila ada orang membuat lawak. Kita boleh membuat lawak dalam perkara yang dibenarkan. Tidak boleh membuat lawak dalam perkara yang menyakiti perasaan orang lain, menghina dan mendatang ketakutan.
Firman-Nya yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman. Janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik daripada orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita lain, kemungkinan wanita yang dihina lebih baik daripada wanita yang menghina." (Surah al-Hujurat, ayat 11)
Begitu juga ditegah dibuat lawak dalam tigak perkara yang tetap jatuh hukumnya walaupun dilakukan dalam keadaan berlawak. Nabi SAW bersabda: "Tiga perkara yang mana diambil hukumnya sama ada dalam keadaan berlawak atau serius iaitu nikah, cerai dan membebaskan hamba." (Hadis riwayat Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah - sanad hasan)
Kita ditegah untuk ketawa apabila ada sesuatu kebenaran disampai kerana sifat itu seperti memperli atau mempermain-mainkan sesuatu yang benar.
Allah SWT telah mencela orang Musyrikin yang ketawa ketika mendengar bacaan al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Adakah kamu hai Musyrikin rasa hairan dengan ayat suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dengan keadaan lalai." (Surah an-Najm, ayat 59-61)
Justeru itu berhati-hatilah dalam soal ketawa. Ketawa dibenar dalam Islam, tetapi biar pada tempatnya. Ketawalah untuk mengembirakan hati, menjadi motivasi dalam sesuatu perkara baik dan memberi tindak balas spontan apa yang sedang berlaku.
No comments:
Post a Comment